AKU GURU KAYA

(sajak ini ditujukan kepada mereka yang :
Menyesal jadi guru,
Mereka yang tanpa niat menjadi guru
Mereka yang tidak berminat menjadi guru
Mereka yang terpaksa menjadi guru
Mereka yang tidak sengaja menjadi guru.
Hari ini … kita luruskan niat kita

Inilah hadiah penyejuk jiwa ...Sebuah puisi dari hati...)

I
aku menjadi guru
kerna disuruh ibukuaku menjadi guru
kerna hanya itu saja pekerjaan yang kuperoleh ketika itu

aku menjadi guru
bukan kerana kemahuanku….

Musim demi musim berlalustatus guru DH41 masih menjadi milikku
Anak didikku suatu waktu dulu
Bergelar tuan pengarah, pegawai daerah malah jurutera berjaya
dengan gaji beribu-ribu
serta megah berkereta mercedez dan juga BMW,

Aku?...masih seperti dulu
Guru DH41,
dengan dompet kempis penuh debu
Sedang muridku dompetnya kembung wang beribu.
Aku masih seperti dulu
Sepalit kesal tercalit di kalbu
Kekayaan tidak menjadi milikku!

II
Lalu Allah pun membuka mata hatiku…
Tatkala terbaring lesu di katil hospital penuh jemu,
Jemari lembut seorang jururawat,dengan lunak suaranya menghiburkukatanya…
bukankah puan guruku dulu?

Pabila lama berdiri di kaunter imigresen
Pegawai datang mempersilakan aku lalui lorong “VVIP”
Katanya…bukankah puan guruku dulu?

Tika aku asyik memilih sepasang baju,
Yang amat berkenan di hatiku
Terdengar tulus suara itu
Ambillah cikgu, ini hadiah ikhlas dariku
Bukankah puan guruku dulu?

Ahh…mereka semuanya anak didikku…
Benar…dompetku hingga kini masih kempis seperti dulu
Tapi hatiku mekar segar melihat anak didikku..

III
Tiap kali tatkala selesai solat,
akan kedengaran suara-suara tulus bermunajat,
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Ghafuur, Ya ‘Afuwwu,
Ampunkahlah dosaku,

Aduhai….
Inilah siraman salju di hati insan bergelar guru
Doa-doa tulus selalu mengiringi dirimu.
Apabila matinya seorang anak adam….
La illlahilllah…….la illlahiallah….laillahiallah…
Maka terputuslah segala amalnya kecuali…tiga perkara
Sedekah jariyahnya
Ilmu bermanfaat yang disebarkannya
Doa anak soleh yang didiknya….

Lantas…
Akulah guru kaya, akulah guru kaya…
Kerna ilmu yang kusebarkan tika nafasku masih ada
kini menjadi cahaya di alam gelap gulita….


Nukilan: mahawa pilus
Bandar Baru Bangi.

i'm back

lama dah tak masuk blog sendiri.. asyik tgk blog orang je.... nota2 n soalan pn tak sempat nk update untuk Sesi Julai 2010 ni. Tak tau la bebudak ni..bagi nota in English...tak faham...bagi nota in Malay...tak ingat..... karang cikgu bagi nota in Jawa kang... migrain plak... Bocah iki...

Ntahla...minat nk ajar programming... tapi kesian plak kat bebudak.... baru setengah sem dh weng.... huhu... yg advanced pn advanced sangat... camne la cikgu nak selaraskan ngajor... hmm....sabor je la...

Msgbox Return Value

return value ni digunakan untuk beri effect terhadap message box yg anda hasilkan. jadi..takde la tekan Yes ke No ke tindakbalas dia sama je. tapi kena la guna penyataan if-else...

Button Value
OK 1
Cancel 2
Abort 3
Retry 4
Ignore 5
Yes 6
No 7

simple example (nak yg powers...cari la sendiri...hehe )

Private Sub cmdExit()
dim value1 as integer
value1 = msgbox ("Exit program?",vbOKCancel+vbQuestion,"Exit")

if value1 = 1 then 'kalau tekan OK
end
endif ' kalau tekan butang cancel ...nothin happen

End Sub

Dosa-Dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat 'membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang 'perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat 'lamaran' nafsu.Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah 'janganlah kamu menghampiri zina'.Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi 'friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu 'bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai 'rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.Ini adalah kerana, terdapat 'trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).Ini boleh menjadi dosa, kerana :
-a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan 'candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh 'untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan 'seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikanAdakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, 'zaman aku ekstrem', 'zaman solehah', 'waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.Sekian

Zaharuddin Abd Rahmanhttp://www.zaharuddin.net/
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

TUGASAN 6

Anda dikehendaki menyediakan borang(form) seperti Antaramuka1. Ubahkan properties seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.

You are required to provide the form as Interface 2. Change the properties as prescribed on Table 1.

Antaramuka/Interface 1


Jadual/ Table 1


b. Tuliskan aturcara berdasarkan arahan pengaturcaraan di bawah.
Write a programming code based on programming instructions below.

Event Procedure Arahan pengaturcaraan / Programming Instructions
SILA HANTAR TUGASAN 6 PADA/ SBLM 29 APRIL 2010 SBLM 5.00PTG.
Secara email ( zunainah79@yahoo.com. ) ataupun dlm disket/CD.
Tugasan yang dihantar mesti mengandungi Nama, No Pendaftaran, fail projek Tugasan6.vbp dan Form1.frm.

Pemalar Dan Pembolehubah

Ciri-ciri bagi menentukan nama bagi pembolehubah/pemalar

  1. Bermula dengan satu huruf dan bukan nombor atau aksara lain.
  2. Boleh mengandungi hanya huruf dan nombor sahaja.
  3. Boleh mengandungi aksara garis bawah ( _ ).
  4. Ruang kosong atau tanda baca yang lain tidak dibenarkan.
  5. Boleh terdiri daripada 1 hingga 255 aksara.
  6. Bukan kata kunci (reserved keywords) Visual Basic

Pengisytiharan pembolehubah
Dim Nama_Pembolehubah As JenisData -> skop local & module-level
Public Nama_Pembolehubah As JenisData -> skop global

Pengisytiharan pemalar
Const Nama_Pemalar As JenisData = Nilai Pemalar -> skop local & module-level
Public Const Nama_Pemalar As JenisData = Nilai Pemalar -> skop global

Skop Pembolehubah

1. Pembolehubah skop global boleh digunakan di semua tempat dalam sesebuahprojek.
2. Pembolehubah skop module-level pula hanya boleh digunakan dalam sebuah form sahaja
3. Pembolehubah skop local hanya boleh digunakan dalam peringkat satu procedure sahaja.

Jenis data____Keterangan_____________________________ Contoh
Currency______ Nilai perpuluhan ringgit dan sen________________ 34.50, 0.70
Single_________Nombor perpuluhan sehingga 6 tempat perpuluhan___347.99, 2390.6
Double________Nombor perpuluhan sehingga 14 tempat perpuluhan___78.99999999
String_________Data alphanumerik iaitu huruf, digit, dan lain2 aksara_ “Rumah”, “HAI”
Integer________Nombor bulat di antara -32768 hingga 32768_______ 50 , 77
Long_________ Bagi nombor bulat yang lebih besar dr nilai Integer____ 98770, 890007

Lokasi Pengisytiharan Pembolehubah/Pemalar (klik gambar untuk paparanyg jelas)



-> lokasi pengisytiharan pembolehubah SKOP GLOBAL (menggunakan Module)

Pernyataan For..Next

Perbezaan di antara gelung Do..Loop dan For..Next

gelung Do..Loop digunakan untuk mengulang procedure untuk bilangan kali yang kita tidak pasti, manakala gelung For..Next digunakan untuk kita mengulang procedure untuk bilangan kali yang kita sudah ketahui.

Bentuk Am

For Pengira = <> To <> Step <>
Tindakan-tindakan
Next Pengira

** Pengira merupakan satu nama pembolehubah untuk jenis data Integer

Bagaimanakah Gelung For..Next Beroperasi

1 For X = 1 To 3
2 Tindakan-tindakan
3 Next X

  1. “Umpukkan nilai permulaan pembolehubah X ialah 1. Teruskan mengulang selagi nilai X ialah 1, 2 atau 3”.

  2. “Laksanakan semua tindakan di antara For dan Next”.

  3. “Tingkatkan nilai yang dipegang oleh pembolehubah X yang seterusnya. Disebabkan Step tidak dinyatakan di sini , maka secara automatik nilai X akan ditingkatkan 1 demi 1 setiap kali gelung dilaksanakan”.

Mengira secara Mengundur dan Menaik (Menggunakan Step)

**try this

For X = 0 To 32 Step 8
Tindakan-tindakan
Next X

For X = 32 To 0 Step -8
Tindakan-tindakan
Next X

Bagaimana gelung For...Next beroperasi


Do...Loop

Bentuk Am

(bentuk pretest)

Do { While / Until } <>
Tindakan-tindakan
Loop
atau
(bentuk posttest)

Do
Tindakan-tindakan
Loop { While / Until } <>Loop

Perbezaan di antara Do While / Do Loop While dengan Do Until / Do Loop Until

Di dalam gelung Do While / Do Loop While, pernyataan di dalam gelung akan terus DIULANG SELAGI SYARAT TIDAK MENJADI PALSU,

manakala di dalam gelung Do Until / Do Loop Until pula, pernyataan di dalam gelung akan DIULANG SELAGI SYARAT MASIH PALSU.

Mencipta Sub Procedure baru

Untuk menambah suatu procedure umum yang baru kepada sesebuah form:

LANGKAH 1 : Paparkan tetingkap Code untuk form tersebut.
LANGKAH 2 : Pilih Add Procedure dari menu Tools.
LANGKAH 3 : Masukkan nama pada kotak dialog Add Procedure .

LANGKAH 4 : Pilih Private untuk Scope. Jika kita pilih Public, akan menjadikan procedure ini boleh digunakan di seluruh bahagian projek ( sama seperti konsep skop global pembolehubah )
LANGKAH 5 : Klik OK


Nota VB - Pengenalan

To all my students, you can review back notes that i've given you before. This is only a part of it.

* BASIC (Beginners All Purpose Symbolic Instruction Code)

* Edisi : Learning, Enterprise, Profesional, Working Model

* Term : Object, Properties, Events, Method ( sila ingat definasi bagi setiap term. ---soalan glamer ni)

* Langkah2 membina aplikasi : Analisis masalah > Rekabentuk aturcara > Mengkod aturcara > Uji & Implemen > Dokumentasi

Bahasa pengaturcaraan terbahagi 3 jenis : Procedural, Object Oriented , Event-Driven