TUGASAN 6

Anda dikehendaki menyediakan borang(form) seperti Antaramuka1. Ubahkan properties seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1.

You are required to provide the form as Interface 2. Change the properties as prescribed on Table 1.

Antaramuka/Interface 1


Jadual/ Table 1


b. Tuliskan aturcara berdasarkan arahan pengaturcaraan di bawah.
Write a programming code based on programming instructions below.

Event Procedure Arahan pengaturcaraan / Programming Instructions
SILA HANTAR TUGASAN 6 PADA/ SBLM 29 APRIL 2010 SBLM 5.00PTG.
Secara email ( zunainah79@yahoo.com. ) ataupun dlm disket/CD.
Tugasan yang dihantar mesti mengandungi Nama, No Pendaftaran, fail projek Tugasan6.vbp dan Form1.frm.

Pemalar Dan Pembolehubah

Ciri-ciri bagi menentukan nama bagi pembolehubah/pemalar

  1. Bermula dengan satu huruf dan bukan nombor atau aksara lain.
  2. Boleh mengandungi hanya huruf dan nombor sahaja.
  3. Boleh mengandungi aksara garis bawah ( _ ).
  4. Ruang kosong atau tanda baca yang lain tidak dibenarkan.
  5. Boleh terdiri daripada 1 hingga 255 aksara.
  6. Bukan kata kunci (reserved keywords) Visual Basic

Pengisytiharan pembolehubah
Dim Nama_Pembolehubah As JenisData -> skop local & module-level
Public Nama_Pembolehubah As JenisData -> skop global

Pengisytiharan pemalar
Const Nama_Pemalar As JenisData = Nilai Pemalar -> skop local & module-level
Public Const Nama_Pemalar As JenisData = Nilai Pemalar -> skop global

Skop Pembolehubah

1. Pembolehubah skop global boleh digunakan di semua tempat dalam sesebuahprojek.
2. Pembolehubah skop module-level pula hanya boleh digunakan dalam sebuah form sahaja
3. Pembolehubah skop local hanya boleh digunakan dalam peringkat satu procedure sahaja.

Jenis data____Keterangan_____________________________ Contoh
Currency______ Nilai perpuluhan ringgit dan sen________________ 34.50, 0.70
Single_________Nombor perpuluhan sehingga 6 tempat perpuluhan___347.99, 2390.6
Double________Nombor perpuluhan sehingga 14 tempat perpuluhan___78.99999999
String_________Data alphanumerik iaitu huruf, digit, dan lain2 aksara_ “Rumah”, “HAI”
Integer________Nombor bulat di antara -32768 hingga 32768_______ 50 , 77
Long_________ Bagi nombor bulat yang lebih besar dr nilai Integer____ 98770, 890007

Lokasi Pengisytiharan Pembolehubah/Pemalar (klik gambar untuk paparanyg jelas)



-> lokasi pengisytiharan pembolehubah SKOP GLOBAL (menggunakan Module)

Pernyataan For..Next

Perbezaan di antara gelung Do..Loop dan For..Next

gelung Do..Loop digunakan untuk mengulang procedure untuk bilangan kali yang kita tidak pasti, manakala gelung For..Next digunakan untuk kita mengulang procedure untuk bilangan kali yang kita sudah ketahui.

Bentuk Am

For Pengira = <> To <> Step <>
Tindakan-tindakan
Next Pengira

** Pengira merupakan satu nama pembolehubah untuk jenis data Integer

Bagaimanakah Gelung For..Next Beroperasi

1 For X = 1 To 3
2 Tindakan-tindakan
3 Next X

  1. “Umpukkan nilai permulaan pembolehubah X ialah 1. Teruskan mengulang selagi nilai X ialah 1, 2 atau 3”.

  2. “Laksanakan semua tindakan di antara For dan Next”.

  3. “Tingkatkan nilai yang dipegang oleh pembolehubah X yang seterusnya. Disebabkan Step tidak dinyatakan di sini , maka secara automatik nilai X akan ditingkatkan 1 demi 1 setiap kali gelung dilaksanakan”.

Mengira secara Mengundur dan Menaik (Menggunakan Step)

**try this

For X = 0 To 32 Step 8
Tindakan-tindakan
Next X

For X = 32 To 0 Step -8
Tindakan-tindakan
Next X

Bagaimana gelung For...Next beroperasi


Do...Loop

Bentuk Am

(bentuk pretest)

Do { While / Until } <>
Tindakan-tindakan
Loop
atau
(bentuk posttest)

Do
Tindakan-tindakan
Loop { While / Until } <>Loop

Perbezaan di antara Do While / Do Loop While dengan Do Until / Do Loop Until

Di dalam gelung Do While / Do Loop While, pernyataan di dalam gelung akan terus DIULANG SELAGI SYARAT TIDAK MENJADI PALSU,

manakala di dalam gelung Do Until / Do Loop Until pula, pernyataan di dalam gelung akan DIULANG SELAGI SYARAT MASIH PALSU.

Mencipta Sub Procedure baru

Untuk menambah suatu procedure umum yang baru kepada sesebuah form:

LANGKAH 1 : Paparkan tetingkap Code untuk form tersebut.
LANGKAH 2 : Pilih Add Procedure dari menu Tools.
LANGKAH 3 : Masukkan nama pada kotak dialog Add Procedure .

LANGKAH 4 : Pilih Private untuk Scope. Jika kita pilih Public, akan menjadikan procedure ini boleh digunakan di seluruh bahagian projek ( sama seperti konsep skop global pembolehubah )
LANGKAH 5 : Klik OK


Nota VB - Pengenalan

To all my students, you can review back notes that i've given you before. This is only a part of it.

* BASIC (Beginners All Purpose Symbolic Instruction Code)

* Edisi : Learning, Enterprise, Profesional, Working Model

* Term : Object, Properties, Events, Method ( sila ingat definasi bagi setiap term. ---soalan glamer ni)

* Langkah2 membina aplikasi : Analisis masalah > Rekabentuk aturcara > Mengkod aturcara > Uji & Implemen > Dokumentasi

Bahasa pengaturcaraan terbahagi 3 jenis : Procedural, Object Oriented , Event-Driven