Pemalar Dan Pembolehubah

Ciri-ciri bagi menentukan nama bagi pembolehubah/pemalar

  1. Bermula dengan satu huruf dan bukan nombor atau aksara lain.
  2. Boleh mengandungi hanya huruf dan nombor sahaja.
  3. Boleh mengandungi aksara garis bawah ( _ ).
  4. Ruang kosong atau tanda baca yang lain tidak dibenarkan.
  5. Boleh terdiri daripada 1 hingga 255 aksara.
  6. Bukan kata kunci (reserved keywords) Visual Basic

Pengisytiharan pembolehubah
Dim Nama_Pembolehubah As JenisData -> skop local & module-level
Public Nama_Pembolehubah As JenisData -> skop global

Pengisytiharan pemalar
Const Nama_Pemalar As JenisData = Nilai Pemalar -> skop local & module-level
Public Const Nama_Pemalar As JenisData = Nilai Pemalar -> skop global

Skop Pembolehubah

1. Pembolehubah skop global boleh digunakan di semua tempat dalam sesebuahprojek.
2. Pembolehubah skop module-level pula hanya boleh digunakan dalam sebuah form sahaja
3. Pembolehubah skop local hanya boleh digunakan dalam peringkat satu procedure sahaja.

Jenis data____Keterangan_____________________________ Contoh
Currency______ Nilai perpuluhan ringgit dan sen________________ 34.50, 0.70
Single_________Nombor perpuluhan sehingga 6 tempat perpuluhan___347.99, 2390.6
Double________Nombor perpuluhan sehingga 14 tempat perpuluhan___78.99999999
String_________Data alphanumerik iaitu huruf, digit, dan lain2 aksara_ “Rumah”, “HAI”
Integer________Nombor bulat di antara -32768 hingga 32768_______ 50 , 77
Long_________ Bagi nombor bulat yang lebih besar dr nilai Integer____ 98770, 890007

Lokasi Pengisytiharan Pembolehubah/Pemalar (klik gambar untuk paparanyg jelas)



-> lokasi pengisytiharan pembolehubah SKOP GLOBAL (menggunakan Module)

0 comments:

Catat Ulasan